Kini,pencemaran semakin teruk dan menyebabkan krisis air berlaku di sesetengah negara.Negara kita juga tidak terkecuali.Kita sedia maklum,krisis air yang pertama berlaku pada tahun1992 di negari Melaka akibat pencemaran sumber air.Sebenarnya,krisis air bukan sahaja disebabkan pencemaran sunber air malahan bencana alam juga adalah salah satu sebabnya.Krisis air akan menimbulkan pelbagai masalah seperti mambawa penyakit dan alam sekeliling akan mengeluarkan bau hancing yang menjijikan.
Masalah yang dibawa krisis air tidak dapat dipandang ringan.Oleh itu,pihak berkuasa membuat perancangan jangka panjang kerana kita tidakk boleh selama-lama bergantung pada air hujan.Oleh itu,pihak berkuasa mencari sumber baru misalnya air di bawah tanah dan air sungai.Air laut dapat diguna melalui proses penyulingan.Pihak berkuasa juga menjalankan kajian dan penyelidikan dan membersihkan sumber air yang tercemar untuk mendapat air.
Seperkara lagi,pengguna perlu dididik menggunakan air secara berhemat supaya tidak berlaku pembazairan seperti hos air dibiarkan mengalir.Pihak berkuasa juga boleh memikirkan kewajaran untuk menaikan kadar tarif air supaya pengguna menjimat air.Bukan sahaja pihak berkuasa malahan pengguna juga harus peka terhadap kebocoran paip dan melapor kepada pihak berkuasa supaya paip dapat dibaiki dengan segera. Di samping itu,pihak berkuasa harus memberi hukuman yang lebih berat kilang yang mencemarkan kerana krisis air disebabkan pencemaran air.Pihak berkuasa boleh memansuhkan lesen operasi pengusaha kilang yang menyalurkan sisa-sisa buangan dari kilang tersebut supaya mereka bertanggungjawab terhadap sikap mereka.Pihak berkuasa juga dapat verseru pengguna supaya memulihkan sungai dengan mengadakan kempen.
Pendek kata,kita jangan biar krisis air berulang dengan bertindak serius untuk menangani masalah ini.Bak perpatah:"sediakan payung sebelum hujan",kita mesti menjimatkan air sebelum krisis air berlaku.
No comments:
Post a Comment