Tuesday 10 May 2011

Pencemaran Air


Air telah tercmar dengan serius


Pencemaran Air telah menyebabkan hidupan akuatik menghadapi
maut
Punca-punca Pencemaran Air
Kilang- kilang membuangkan sisa-sisa toksik
s

Jika tidak diatasi pencemar air akan menjadi lebih serius

Percemaran sungai

 
Percemaran sungai Malaysia semakin teruk.Selepas anda lihat gambar ini,apa rasa anda?
Sungai Rajang.
    
Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai,balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

Kepentingan air

-Fantastic gray-water recycling-

Cara Menjimatkan Air

  • TANDAS1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem          curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
    2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
    3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
  • BILIK MANDI
    4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
    5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
    6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
  • SINKI
    7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
    8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.
  • TAMAN9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
    10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
    11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
    12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
    13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
    14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
    15. Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
    16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
    17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
  • DAPUR
    18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
    19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
    20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
    21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
    22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
  • GARAJ
    23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
    24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
  • CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
    25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
    26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
    27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
    28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan     rumah anda.
    29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
    30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah

..Help Stop Water Pollution..

Sebab Pencemaran Air

  Apa yang kita sedia maklum,air sangat penting terhadap kita tetapi masih banyak orang tidak menghargai air. Mereka bukan sahaja tidak menghargai air malahan mencemarkan air. Dengan ini,kita akan tidak ada air dapat guna pada masa kelak.
  Pencemaran air dalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau,sungai,lautan dan tanah air akibat aktivitas manusia.Sikap suka membuang sampah ke dalam sungai atau longkang adalah salah satu buatan manusia menyebabkan pencemaran sungai .Dengan ini,sungai akan sesak dan menjadi kotor dan busuk.
  Selain itu,kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pecemaran air yang utama.Kebanyak kilang membina di sepanjang sungai supaya banhan-bahan buangan dislairkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.Dengan ini,sungai akan tercemar dengan bahan toksik dan bahan agrokimia.
  Sepekara lagi,sungai juga tercemar dengan pertanian.Sesetengak petani akan menggunakan bahna kimia untuk membunuh haiwan.Bhan kimia ini akan menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai.Dengan ini,bahan kimia akan terapung di atas air dan menghalang penembuskan cahaya ke bawah permukaan air dan menyebabkan kematian tumbuhan-tumbuhan.
  Pendek kata,percemaran air adalah satu masalah yang perlu diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.Kita harus menghargai air an menjaga kebersihannya supaya anak-anak kita boleh menggunakan air yang bersih.

Monday 9 May 2011

Krisis Air

  Kini,pencemaran semakin teruk dan menyebabkan krisis air berlaku di sesetengah negara.Negara kita juga tidak terkecuali.Kita sedia maklum,krisis air yang pertama berlaku pada tahun1992 di negari Melaka akibat pencemaran sumber air.Sebenarnya,krisis air bukan sahaja disebabkan pencemaran sunber air malahan bencana alam juga adalah salah satu sebabnya.Krisis air akan menimbulkan pelbagai masalah seperti mambawa penyakit dan alam sekeliling akan mengeluarkan bau hancing yang menjijikan.
  Masalah yang dibawa krisis air tidak dapat dipandang ringan.Oleh itu,pihak berkuasa membuat perancangan jangka panjang kerana kita tidakk boleh selama-lama bergantung pada air hujan.Oleh itu,pihak berkuasa mencari sumber baru misalnya air di bawah tanah dan air sungai.Air laut dapat diguna melalui proses penyulingan.Pihak berkuasa juga menjalankan kajian dan penyelidikan dan membersihkan sumber air yang tercemar untuk mendapat air.
  Seperkara lagi,pengguna perlu dididik menggunakan air secara berhemat supaya tidak berlaku pembazairan seperti hos air dibiarkan mengalir.Pihak berkuasa juga boleh memikirkan kewajaran untuk menaikan kadar tarif air supaya pengguna menjimat air.Bukan sahaja pihak berkuasa malahan pengguna juga harus peka terhadap kebocoran paip dan melapor kepada pihak berkuasa supaya paip dapat dibaiki dengan segera.  Di samping itu,pihak berkuasa harus memberi hukuman yang lebih berat kilang yang mencemarkan kerana krisis air disebabkan pencemaran air.Pihak berkuasa boleh memansuhkan lesen operasi pengusaha kilang yang menyalurkan sisa-sisa buangan dari kilang tersebut supaya mereka bertanggungjawab terhadap sikap mereka.Pihak berkuasa juga dapat verseru pengguna supaya memulihkan sungai dengan mengadakan kempen.
  Pendek kata,kita jangan biar krisis air berulang dengan bertindak serius untuk menangani masalah ini.Bak perpatah:"sediakan payung sebelum hujan",kita mesti menjimatkan air sebelum krisis air berlaku.